Perak Cobra Hockey League 2024

Julung-julung kali ASTICobra (atau alumni Sekolah Sains Teluk Intan Cobra) ingin menganjurkan kejohanan liga hoki Perak bagi tahun 2024. Jangkaan tarikh mula liga adalah di antara awal bulan Mei 2024 (selepas Aidilfitri). Di bawah adalah sedikit sebanyak maklumat mengenai kejohanan & syarat penyertaan.

Logo Rasmi Perak COBRA Hockey League

Format Liga
  1. Buat masa ini penganjur (ASTICOBRA) terhadkan kepada 8 pasukan. 
  2. Format liga round robin di mana setiap pasukan akan bertanding dengan 7 pasukan lain di dalam liga.
  3. Match akan dijalankan mengikut undang-undang penuh hoki (umpire bertauliah) &  permainan masa penuh 60 minit (4 suku).
  4. Perlawanan akan diadakan 2 minggu sekali sabtu/ahad petang sesi 3-5PM atau 5-7PM mengikut jadual perlawanan.
  5. Semua perlawanan akan diadakan di padang hoki KTM Batu Gajah, namun mungkin  kemungkinan bermain di padang Kuala Kangsar/Ipoh/ Manjung juga berlaku mengikut keadaan semasa. 
  6. Pasukan yang mendapat mata tertinggi di dalam liga akan menjadi johan. Jika berlaku persamaan mata, maka pasukan yang menang sewaktu bertemu antara dua pasukan tersebut dikira pemenang.
Syarat-Syarat Liga
  1. Setiap pasukan boleh mendaftar sehingga 25 pemain beserta 1 pengurus pasukan & 1 jurulatih.
  2. Liga ini lebih berkonsepkan ‘sosial games’, justeru pasukan yang terlalu kuat adalah amat tidak digalakkan sama sekali untuk menyesuaikan permainan kepada semua peringkat umur.
  3. Pemain semasa yang mewakili negara atau negeri (termasuk Piala Razak) tidak dibenarkan menyertai liga. Kelonggaran hanya diberi kepada mereka yang lebih 5 tahun tidak mewakili.
  4. Hanya pemain yang didaftarkan sahaja layak berada di dalam padang. Jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, pasukan yang diwakili akan dihukum tolak 5 mata. 
  5. Setiap pasukan terhad kepada 10 orang sahaja pemain bawah 20 tahun & jumlah keseluruhan pemain yang boleh didaftarkan ialah 25 pemain (lelaki / perempuan).
  6. Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dengan satu pasukan sahaja. 
  7. Pasukan boleh turunkan maksimum 25 pemain yang berdaftar sekaligus (11 pemain di atas padang) atau minimum sekurang-kurangnya 8 orang pemain semasa perlawanan. Permainan akan terus bermula apabila pasukan cukup minimum 8 orang. 
  8. Kelewatan hanya dibenarkan 10 minit sahaja dari masa mula permainan yang ditetapkan dalam jadual pertandingan. Jika gagal, pasukan yang lewat dikira kalah atau disqualified. 
Syarat Penyertaan & Bayaran
  1. Yuran Penyertaan sebanyak RM1,000 untuk setiap pasukan. Yuran penyertaan kemungkinan berubah (bertambah/berkurang) berdasarkan jumlah pasukan yang menyertai.
  2. Yuran ini sudah termasuk umpire, sewa padang & yuran administration. 
  3. Pasukan hendaklah mendaftar sebelum 28 Februari 2024 beserta bayaran penuh yuran.
  4. Bagi memastikan pasukan anda mendapat tempat, deposit RM400 dari yuran perlu dijelaskan dahulu dengan baki selebihnya dibayar sebelum 28 Februari 2024. 
  5. Setiap pasukan wajib mendaftarkan setiap pemain sebelum 31 Mac 2024 melalui online portal yang akan diberikan oleh admin nanti. 
  6. Syarat-syarat di atas kemungkinan akan berubah mengikut kesesuaian atau mengikut keputusan ‘Managers Meeting’ yang akan ditetapkan kemudian. 
Pemenang & Hadiah
  1. Johan RM800 tunai, berserta tropi piala pusingan.
  2. Naib Johan RM500 tunai.
  3. Tempat Ketiga RM300 tunai. 
Hubungi Kami

Maklumat di atas adalah tidak ‘final’. Kami akan mengadakan mesyurat bersama semua pengurus pasukan apabila senarai pasukan telah penuh/tutup. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp/hubungi kami tekan butang di bawah :

Pasukan yang telah mendaftar

Logo adalah ilustrasi sahaja, logo sebenar pasukan akan dikemaskini kemudian.

ASTI
Thruster
PSU
Tsuyoi
Perak Tengah
Pirates Ipoh
UTP
Manjung