Liga 5S B18 Teluk Intan 2023

Julung kali hasil usaha sama antara TSUYOI HC & ASTICOBRA HT akan menganjurkan mini tournament Liga Hoki 5S B18 Teluk Intan sesi 2023. 

Sebanyak 8 pasukan akan bertarung di padang mini turf Teluk Intan pada 9 Disember 2023 bermula 2.00PM sehingga 6.45PM.

Setakat ini 4 pasukan telah menyatakan confirmation penyertaan iaitu SEMESTI 2 pasukan & pasukan SMK St Anthony 2 pasukan. Kami mencari 4 pasukan lagi untuk menjayakan mini tournament ini.

Format Pertandingan & Rules

Format adalah 2 groupings (4 pasukan/ group) beserta semi final untuk johan & naib johan kumpulan. Kemudian final untuk pasukan yang menang pada peringkat semi final (buat masa ini, jika ada kelapangan masa/faktor cuaca baik kita akan buat tempat ke 5-6 & 7-8)

Masa setiap perlawanan adalah 10 minit straight.

Pertandingan akan menggunakan customized rules 5S kecuali tidak membenarkan hitting & slap hit atas faktor keluasan padang. 

Penyertaan, Yuran & Hadiah

Liga terbuka kepada sekolah-sekolah daerah Hilir Perak & Bagan Datok dengan syarat di bawah umur 16 Tahun.

Yuran pendaftaran adalah RM50/team. Yuran pendaftaran akan didermakan 100% kepada AJK Kelab Tsuyoi untuk digunakan membaik pulih/ penyelenggaraan turf mini Teluk Intan.

“Turf kita, Tanggungjawab kita”.

Hadiah berupa hamper untuk pemenang tempat pertama sehingga ke-4.

Daftar pasukan anda sekarang, click button di bawah. Beritahu nama & nama pasukan anda :

Tempat & Masa

Tempat : Mini turf Teluk Intan

Tarikh : 9 Disember 2023

Masa : 2.00PM – 6.30PM

Jadual perlawanan akan dikeluarkan selepas team telah cukup 8 team. 

Semua pasukan hendaklah datang awal ke padang & bersedia awal di luar padang sebelum jadual perlawanan.

Players List (SEMESTI A)
[player-list tournament=”9dec23″ team=”Team1″]
Players List (SEMESTI B)
[player-list tournament=”9dec23″ team=”Team2″]
Live Updates