Posted 9 months ago

ASTICobra official webpage. Let’s Play Hockey. More game/training info at button Games.

Tournament Description

Mini tournament yang akan dianjurkan setiap 3 bulan sekali di padang hoki SEMESTI pada tarikh yang sesuai melibatkan semua pemain hoki lelaki SEMESTI daripada Form 1 sehingga Form 5.

Sekali sekala kita akan libatkan satu dua team daripada luar untuk memberikan pengalaman saingan yang lebih baik kepada pasukan melibatkan kos yang paling minimum

Mini tournament ini mesti tidak lebih daripada 4 jam melibatkan 5-6 pasukan meliputi seluruh pemain hoki sekolah.

Objective
  • Memberi sedikit pengalaman kompetitif & menaikkan confidence level kepada pelajar di samping dapat mengaplikasikan setiap tunjuk ajar pada sesi latihan mingguan.
  • Mendedahkan pelajar kepada tactical & rules regulation awareness.
  • Menambah penguasaan ruang/ positioning dan asas kemahiran di samping memperbaik game vission (with/without ball).
  • Menambah baik komunikasi antara pelajar semasa game dan juga fitness/speed.
  • Mini tournament ini juga dapat dijadikan penanda aras serta sesi selection player untuk mana-mana tournament yang lebih besar. Di samping dapat memupuk daya saing antara pelajar ke arah yang lebih positif.
  • Penglibatan seluruh pemain hoki sekolah dapat mengelakkan pemain yang idle & memberi peluang kepada semua pemain baru mencungkil bakat.
Kaedah & Syarat-syarat
  1. Permainan adalah berkonsepkan 5S (5 sebelah) dengan minimum 5 pemain setiap pasukan termasuk goal keeper. 1-2 pemain simpanan.
  2. Masa ditetapkan 10minit setiap perlawanan – straight. 
  3. Setiap pasukan wajib memakai jersey/tshirt yang sama, shin pad, kasut & stokin panjang yang sama warna. 
  4. Setiap pasukan wajib melibatkan pelajar daripada Form 1 – Form 5 (atau kiraan point tidak lebih dari 12 tidak termasuk keeper). Pengambilan pemain dalam pasukan haruslah secara rawak.
  5. Contoh kiraan points. Form 5 : 5pts; Form 4 : 4pts; Form 3 : 3pts; Form 2 : 2pts; Form 1 : 1pts. Contoh jika team berkenaan ada seorang F5, seorang F2 & 3 orang F1 tidak termasuk keeper maka kiraan 5 + 2 + 1 + 1 + 1 = total 10 pts; maka layak untuk membina satu team.
  6. Padang adalah separuh daripada luas padang hoki yang sebenar & undang-undang field hockey biasa terpakai. 
  7. Semua pasukan hendaklah bersedia 30 minit sebelum permainan di padang.
  8. Setiap goal yang dihasilkan dalam tournament ini akan dikira di dalam rekod profile pemain/pelajar. Team yang menang bagi setiap season juga akan direkod di dalam profile.
Format

Format adalah liga round robbin, dengan 3 point untuk menang, 1 point untuk seri. 

Johan & Naib Johan kumpulan akan proceed ke final. Ke-3 & ke-4 akan proceed ke tempat ke 3 & ke-4.

3 penalty stroke akan diberikan untuk pasukkan yang seri ketika pusingan kalah mati. 

Equipment/ Others
  1. Stick, Jersey, Stokin & Shin Pad.
  2. Khemah 1/2 set.
  3. Bekas air 2 set.
  4. Ais 2 bekas.
  5. Air minuman.

Posted by Espana